Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Williams bangkit pamer kehebatan

Oct 23, 2014 | 11:49 PM



SINGAPURA: Sehari selepas mengalami kekalahan paling buruk sejak zaman remajanya, Serena Williams bangkit mempamerkan persembahan hebat untuk mengalahkan Eugenie Bouchard 6-1, 6-1 dalam perlawanan terakhir peringkat awal kejohanan BNP Paribas WTA Finals malam tadi.


Pemain wanita No. 1 dunia itu dimalukan 6-0, 6-2 oleh pemain Romania, Simona Halep, kelmarin tetapi kini melangkah lebih dekat ke separuh akhir selepas menewaskan Bouchard dari Canada.


Williams, yang telah pun menewaskan Ana Ivanovic dari Serbia dalam perlawanan pembukaannya Isnin lalu, mencatat dua kemenangan dan satu kalah dan memerlukan Halep memenangi hanya satu set ke atas Ivanovic esok untuk mara ke separuh akhir.


Halep telah pun menjamin tempatnya, manakala Bouchard tersingkir daripada persaingan dengan tiga kekalahan.


Dengan kemenangan malam tadi, Williams kelihatan akan mengekalkan kedudukannya sebagai pemain wanita utama dunia.


Satu-satunya pemain yang boleh mencabar kedudukannya, Maria Sharapova, dari Russia, menghadapi kemungkinan tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas dua kali, yang terbaru awal hari ini. - REUTERS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >