Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Williams kekal pemain No 1, muncul juara di S'pura

Oct 26, 2014 | 08:55 PM



SERENA Williams dari Amerika Syarikat meraikan kejayaan mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor 1 dunia dengan bergaya apabila mengatasi saingan Simona Halep dari Romania dalam final kejohanan BNP Paribas WTA Finals di Stadium Singapura malam tadi.


Kemenangan 6-3, 6-0 itu juga sebagai membalas dendam atas kekalahan memalukan 6-0, 6-2 - kekalahan paling teruk pernah dialami Williams sejak 16 tahun lalu - di tangan Halep, 23 tahun, dalam perlawanan pusingan awal empat hari lalu.


Williams, 33 tahun, yang disahkan berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pemain No 1 dunia petang semalam, memungut hadiah wang tunai sebanyak AS$2,047,000 ($2.61 juta), Trofi Billie Jean King dan sejenis orkid yang dinamakan ke atasnya.


Kejayaan semalam adalah yang ke-64 dalam kerjaya Williams dan yang kelima- berturut-turut di akhir musim ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >