Woodlands, Balestier seri 1-1

ISMAIL ALI

PENJAGA gawang Woodlands Wellington FC, Yazid Yasin, nyaris memberi kemenangan kepada Balestier Khalsa FC apabila kesilapannya menangkap bola dengan kemas membolehkan Goran Ljubojevic menjaringkan gol pembukaan dalam satu perlawanan Liga-S Great Eastern Yeo's di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Namun, kesilapan penjaga gawang veteran berusia 34 tahun pada minit ke-67 itu ditebus Chang Jo Yoon empat minit kemudian apabila penyerang Korea Selatan itu menyamakan kedudukan menerusi satu percubaan cantik daripada penjuru kiri kotak penalti Balestier terus ke sudut kanan gawang yang tidak dapat diselamatkan Zaiful Nizam.

Dalam perlawanan yang menyaksikan kededua pasukan berbalas serangan tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik oleh penyerang masing-masing itu, Balestier kelihatan lebih berbahaya dengan satu percubaan Ridwan Jamil dalam separuh masa pertama terkena tiang gawang kiri Woodlands.

Namun, jurulatih kededua pasukan, Darren Stewart daripada Woodlands dan Marko Kraljevic daripada Balestier, sependapat dengan mengatakan dalam sidang akhbar kemudian bahawa keputusan seri adalah adil bagi kededua pasukan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 70
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.