PEMALU dan kurang keyakinan diri, Abdul Thaslim Haja Najubudeen, 16 tahun, hanya bermaya menjawab sepatah demi sepatah apabila disapa kurang lapan bulan lalu.
Pelajar menengah dua di Sekolah Menengah Queensway itu berpindah ke Singapura dari India bersama orang tua dan dua beradiknya dalam 2009 dan tidak mempunyai ramai rakan atau peluang bertemu rakan baru.