NEWCASTLE: Ashley Young muncul wira selepas beliau menjaringkan gol lewat dalam permainan bagi membantu Manchester United menewaskan Newcastle 1-0 di St James' Park semalam.
Pemain sayap itu tidak memerlukan undangan kedua bagi mengambil kesempatan kesilapan penjaga gawang Newcastle, Tim Krul, yang menendang bola ke arahnya pada minit ke-89.