SEBUTIR pingat emas berpasukan dan sebutir gangsa individu dianggap persiapan ideal sebelum beliau bersaing mendapatkan 'tiket' ke Sukan Olimpik 2016.
Itulah harapan penembak utama negara, Mohd Zain Amat, apabila beliau tampil bersaing di Kejohanan Menembak Asia Ke-13 yang dijadualkan di Kuwait bulan depan - yang turut berperanan sebagai kelayakan ke temasya Olimpik Rio tahun depan.