Zainudin akan undur daripada FAS, ketua baru dilantik Jun

BOLA sepak Singapura akan mendapat ketua baru Jun depan, apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dijangka mengadakan pemilihan pemegang jawatan.

Presiden FAS, Zainudin Nordin, yang dilantik pada 2009, berkata pada Selasa (29 Dis) bahawa beliau akan berundur.

"Lebih setahun lalu saya sudah bersedia untuk berundur. Sejak itu saya tidak pernah mengubah pandangan saya, pada pandangan saya FAS perlu dicergaskan semula," kata beliau, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu.

Naib presiden FAS, Lim Kia Tong, berkata pemilihan itu dijangka berlangsung pada Jun depan, selepas FAS meminda perlembagaannya dan bergerak ke arah proses pemilihan penuh pemegang jawatannya, lantas mematuhi arahan Fifa "agar... memastikan bahawa mereka urusan mereka tidak dipengaruhi oleh sembarang ketiga".

Fifa bimbang kerana perlembagaan FAS menyatakan bahawa "semua anggota majlis hendaklah dilantik oleh Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) - termasuk presiden" bagi tempoh dua tahun.

Lim berkata badan bola sepak dunia itu menekankan bahawa pindaan perlu merangkumi dua aspek - pertama, penggal jawatan seharusnya empat tahun, dan kedua, calon hendaklah tertakluk pada pemeriksaan integriti sebelum pemilihan.

Perubahan itu dijangka dimuktamadkan menjelang Mac depan.

Pada September lalu, FAS menasihatkan FAS supaya tidak mengubah pemegang jawatannya sehingga perlembagaannya dipinda.

Bagaimanapun, Lim menegaskan FAS tidak melanggar sebarang peraturan.

"Menteri khasnya dan pemerintah amnya selama ini tidak dalam apa cara sekali pun campur tangan dalam pengendalian sukan ini.

"Sepanjang (33) tahun lalu sistem (melantik) ahli majlis ini telah dilaksana tanpa menjejaskan mutu pengurusan dan pentadbiran permainan bola sepak."

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.