Zainudin iringi keluarga besar bola sepak beri hormat kepada Encik Lee

DIKETUAI oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura, Encik Zainudin Nordin, keluarga besar bola sepak yang termasuk pegawai, jurulatih dan para pemain dari kelab-kelab Liga-S, Courts Young Lions, LionsXII dan pelbagai pasukan peringkat umur mengunjungi Kelab Masyarakat Toa Payoh Central pagi tadi bagi memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Pengasas negara, Encik Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia awal pagi Isnin lalu.

"Ini hari yang menyedihkan tetapi kami berkumpul dan bersama untuk mengingati seorang tokoh yang ulung... sumbangannya kepada sukan dan sejarah Singapura dan segalanya yang dilakukan untuk negara ini memang tiada bandingannya," ujar Encik Zainudin semasa bercakap kepada media kemudian.

"Ini sekadar satu usaha kecil kami... untuk bersama-sama memberi penghormatan kepada bapa Singapura moden kita," tambahnya.

Antara yang hadir di sesi itu termasuk bekas pemain nasional yang kini jurulatih Hougang United, Salim Moin, yang menyebut kata-kata perangsang mendiang Encik Lee sebagai dorongannya semasa berada di padang bola.

"Dedikasinya, keyakinannya... menjadi Singapura seperti yang wujud sekarang begitu mengkagumkan.

"Itulah yang mendorong saya untuk sentiasa pertingkatkan diri. Ia sesuatu yang boleh dicontohi para pemain generasi muda kita," ujar Salim.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.