Zlatan sahkan akan menyertai Man United

LONDON: Zlatan Ibrahimovic berkata pada Khamis (30 Jun) beliau akan menyertai Manchester United, menamatkan spekulasi tentang di mana bintang Sweden berusia 34 tahun itu akan bermain musim depan.

"Tiba masa untuk membiarkan dunia tahu. Destinasi saya seterusnya ialah Manchester United," tulis beliau di Instagram dan Facebook, lengkap dengan gambar lencana United.

Ibrahimovic, yang merupakan seorang ejen bebas selepas menamatkan kerjaya sangat berjaya di Paris Saint-Germain, menjadi pemain kedua bos baru United, Jose Mourinho, dapatkan selepas pemain dari Ivory Coast, bek tengah Eric Bailly daripada kelab Sepanyol, Villarreal.

Ibrahimovic berganding semula dengan Mourinho, selepas mereka menikmati hubungan baik ketika bersama-sama di Italy dengan Inter Milan.

Ini akan menjadi kali pertama beliau bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).

United akan menjadi kelab kelapan Ibrahimovic, dalam kerjaya yang bermula di Malmo pada 1999 dan termasuk di Ajax Amsterdam, Juventus, Inter Milan, Barcelona dan AC Milan.

Sementara itu, Manchester City bersedia menandatangani Nolito, selepas pemain antarabangsa Sepanyol itu tiba di City pada Khamis untuk melengkapkan perpindahannya daripada Celta Vigo.

Pengurus baru City, Pep Guardiola, mengambil alih secara rasmi pada Sabtu (2 Julai) tetapi telah berusaha mengukuhkan skuadnya, yang menduduki tempat keempat EPL di bawah Manuel Pellegrini musim lalu.

Guardiola kenal rapat Nolito, 29 tahun, setelah bekerja dengannya di Barcelona selepas pemain sayap itu tiba dari pasukan peringkat ketiga Sepanyol, Ecija Balompie, pada 2008.

Guardiola juga telah mendapatkan Ilkay Gundogan daripada Borussia Dortmund dan Aaron Mooy dari Melbourne City, dari Australia. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.