Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Anjur pelbagai acara semarak bulan Zulhijah

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT sebuah hadis yang menceritakan tentang keistimewaan bulan Zulhijah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw: "Tidak ada hari yang amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini (10 hari pertama di bulan Zulhijah)." (Hadis riwayat Bukhari)



Antara 12 bulan dalam kalendar Islam, bulan Zulhijah adalah salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah swt, disamping tiga bulan Islam lain, termasuk bulan Zulkaedah, Muharram dan Rejab.



Menurut Ibnu Abbas ra, Allah swt telah mengkhususkan 4 bulan tersebut sebagai bulan haram, yakni bulan yang dimuliakan.



Bulan tersebut dinamakan sebagai 'Bulan Haram' kerana pada bulan tersebut, Allah swt melarang hamba-Nya berbuat dosa atau melakukan hal yang dinilaikan haram menurut syariat Islam.



SEMARAK BULAN ZULHIJAH



Menurut Pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohamed Ali, pelbagai usaha dilakukan oleh Masjid Hasanah untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Zulhijah pada kali ini.



Ia sekali gus memberi peluang kepada jemaah untuk bersama-sama meraih ganjaran yang akan diperolehi di bulan ini dengan mempertingkatkan amalan kebaikan.



Paling terdekat, Masjid Hasanah akan mengadakan siri ceramah khas mengenai ibadah korban pada 1 Zulhijah hingga 9 Zulhijah 1443H bermula 6 petang.



Antara kegiatan yang digalakkan bagi jemaah dalam bulan ini adalah memperbanyakkan sedekah, di samping melazimi alunan zikir, bacaan Al-Quran, solat sunat termasuk qiamullail.



GALAKKAN UNTUK BERPUASA



Berdasarkan hadis tentang kelebihan bulan Zulhijah, Masjid Hasanah menggalakkan jemaah untuk berpuasa dalam bulan tersebut iaitu bermula dari satu Zulhijah hingga sembilan Zulhijah, terutama pada tanggal 9 Zulhijah 1443H (Hari Arafah).



Untuk menggalakkan lagi para jemaah berpuasa, Masjid Hasanah akan menyediakan ruang kepada jemaah yang ingin berbuka puasa, di samping memberi juadah untuk mereka.



Bagi jemaah yang berkemampuan dan ingin sama-sama memperolehi ganjaran pada bulan Zulhijah pula, Masjid Hasanah mengundang para jemaah lain untuk menaja kos pembelanjaan bubur atau juadah kepada para jemaah yang ingin berbuka puasa.



PELUANG MEMBERI SUMBANGAN



Masjid Hasanah juga akan mengadakan bacaan "Tahlil Akbar" pada 9 Julai 2022 bersamaan 9 Zulhijah 1443H, bermula pada 5 petang di dewan solat aras 1.



Peluang ini juga dibuka kepada para jemaah yang ingin menyumbang sebanyak $100 untuk lima nama arwah, yang boleh disertakan untuk acara tahlil pada hari tersebut melalui pejabat Masjid Hasanah.



Atau layari pautan: http://tinyurl.com/tahlilsimpenaaeidul.



Bagi ibadah korban, Masjid Hasanah turut mengalu-alukan jemaah untuk membuat pendaftaran ibadah korban dalam bulan yang penuh barakah ini.



Semoga dengan pengorbanan yang dilakukan ini akan memberi senyuman kepada para penerima, terutama sekali golongan kurang berkemampuan.



Pendaftaran boleh dibuat di www.ourmasjid.sg/korban dengan harga $350 seekor.




CARA MENYUMBANG



Paynow ke UEN: S70MQ0042B



Pemindahan wang ke akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang 'bill reference' (bil rujukan) dengan "wakaf" atau "Infak". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque



Hantarkan cek anda kepada "LPM Hasanah" ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.



Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian : 65661-7990, Isnin-Jumaat: 9 pagi - 5 petang, Sabtu & Ahad: 9 pagi - 1 tengah hari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >