ANTOLOGI Warkah Untukmu Bonda: Antologi 33 Surat Terpilih menjadi bingkisan ingatan, penghargaan, pentafsiran, sanjungan, luahan perasaan dan doa 33 individu terhadap ibu mereka ataupun mereka yang telah memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada mereka.
Setiap penulisan dalam bentuk warkah ini ditujukan kepada ibu mereka sama ada yang masih ada mahupun yang sudah berpulang kepada Pencipta.