MEMBACA membina pemikiran dan merangsang tindakan.
"Itulah yang saya perolehi, kesan daripada membacakan hikayat-hikayat yang dibeli anak-anak dara waktu saya jadi 'tukang cerita' dahulu. Apabila saya jadi guru pelatih mampulah saya membeli buku-buku dari kedai di Arab Street," cerita Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff.