Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ANALISIS SENI

Biarlah berahsia soal cinta, akhirnya ke jenjang pelamin

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



ANGIN tak ada, ribut tak ada...tahu-tahu mereka selamat diijabkabulkan!



Mungkin itulah reaksi spontan warganet minggu lalu apabila dikejutkan dengan berita pernikahan penyanyi dan pelakon Singapura, Hannah Delisha, dengan pelakon serta bekas finalis peraduan peragaan jejaka kacak Manhunt Singapore, Imam Shah.



Tiada yang menghidu kisah cinta mereka sejak lima tahun lalu kecuali keluarga dan kenalan terdekat.



Warganet yang biasanya ingin tahun segalanya, sudah terdedah dan sedia maklum dengan situasi sebilangan pasangan selebriti lain, yang masih dalam fasa bercinta, kerap menayang hubungan cinta mereka di media sosial.



Lantaran itu, apabila ada pelakon seperti Hannah, 24 tahun, dan Imam, 31 tahun, yang begitu menjaga diri mereka dan nama baik keluarga, ramai warganet begitu menghormati dan memuji merpati dua sejoli yang sama cantik, sama padan ini.



Seperti kata warganet Imhar:



"Sebagai peminat Hannah, memanglah kita teruja nak tahu siapa suami Hannah ni, bagaimana mereka bertemu dan secebis kisah cinta mereka.



"Tapi apabila baca tentang mereka yang private orangnya, tak mengapa. Kita hormati privasi mereka malah lebih sanjung selebriti macam ni yang pandai menjaga diri dan nama baik keluarga. Tak kecoh-kecoh bercinta, akhirnya selamat bernikah.



"Kadang-kadang penat baca kisah selebriti yang macam belangkas tapi akhirnya putus di tengah jalan... tukar-tukar pasangan dan akhirnya berumah tangga dengan orang lain."



Majlis pernikahan Hannah dan Imam pada waktu sekatan Covid-19 juga dibuat secara sederhana di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), sesuatu yang menyejukkan hati warganet.



Mereka kata kebiasaannya, dunia artis dikaitkan dengan glamor dan kemewahan termasuk dalam hal majlis hari lahir atau majlis perkahwinan artis.



Namun, saya merasakan inilah era di mana stereotaip sedemikian sudah dapat dipupuskan.



Ramai artis muda yang berpijak di bumi nyata dan merendah hati malah menganggap berlakon dan menyanyi seperti tugas lain juga. Pada akhirnya, kita semua cari makan... jadi tak ada apa yang harus dibanggakan dengan status artis.



Di sebalik keluhan bersahaja atau berseloroh peminat lelaki Hannah yang akur kecewa mendapat tahu bintang pujaan mereka sudah menikah, ada juga warganet yang memuji Hannah kerana memilih lelaki senegara untuk dijadikan suami.



"Saya lebih seronok baca komen remuk-redam peminat lelaki setiap kali ada artis wanita seperti Mira Filzah atau Hannah Delisha menamatkan zaman bujang. Macam-macam kerenah," kata teman saya.



Bulan ini, iaitu Februari yang dikaitkan dengan bulan merai cinta (dek sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari) juga menyaksikan pernikahan model Malaysia, Alicia Amin, 26 tahun, dengan seorang karyawan perubatan, Dr Farzan Iqbal, 27 tahun.



Ia juga berita mengejutkan buat mereka yang mengikuti perkembangan Alicia dan tidak mengesan sebarang pos tentang hubungan beliau dengan Dr Farzan.



Pengumuman Instagram tentang pernikahan mereka di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Damansara Heights merupakan satu kejutan manis.



Perkenalan singkat tahun lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama menerusi aplikasi dating membawa mereka ke jenjang pelamin.



Alicia yang memanggil Dr Farzan sebagai 'Syurga Daddy' kini diajukan dengan soalan warganet bagaimana memikat seorang doktor!



Menyimpan rahsia cinta atau perkahwinan dalam kalangan artis serata dunia adalah perkara yang telah lama berlaku sejak dahulu lagi. Ada yang langsung tak cakap pun siapa suami atau isteri mereka, apa lagi menayang gambar.



Antara sebab yang membuat ramai menyorok cinta adalah peminat.



Pelakon aksi, Jackie Chan, merahsiakan perkahwinannya dengan pelakon Lin Feng-jiao selama lebih 10 tahun kerana bimbang peminatnya bunuh diri.



Agensi pengurusan Johnny's Entertainment yang menyelaras kerjaya pelakon dan penyanyi Jepun, Jin Akanishi, begitu marah apabila mendapat tahu perkahwinan rahsia Jin dengan pelakon Meisa Kuroki.



DDibatalkan segala konsert jelajah Jin dengan bintang itu diminta membayar ganti rugi biaya sewa beberapa lokasi konsert dengan wangnya sendiri.



Dalam kebanyakan kontrak artis rakaman K-Pop, dasar 'tidak boleh keluar dating' tertera.



Menerusi satu laporan The Straits Times tentang rahsia perkahwinan selebriti, Penolong Profesor di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Liew Kai Khiun, yang mengkaji budaya pop, merasakan sesetengah selebriti merasakan penting menampilkan diri mereka sebagai masih bujang kerana perkahwinan itu melambangkan tamatnya tempoh di mana mereka akan diterima peminat remaja yang akan kecewa jika dapat tahu mereka sudah ada yang punya.



"Kalau artis itu kata dia masih bujang, ini bermakna dia setia sepenuhnya kepada peminatnya," jelas beliau.



Fenomena 'fandom' (dunia hiburan yang dikuasai peminat) dan kuasa mereka menaikkan nama atau menjatuhkan nama artis khususnya di media sosial memang dahsyat.



Namun, di sebalik segalanya, 'fandom' ini juga menjadi sumber kekuatan buat artis menghasilkan kandungan media sosial, misalnya program YouTube yang lebih terbuka memberi selingkar kisah peribadi si artis.



Satu contoh yang turut merai cinta (kali ini cinta yang sudah pergi) di bulan Februari adalah rakaman siri video Love Story yang dihasilkan penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari di YouTube It's Me BCL.



Bunga, 37 tahun, secara terbuka menceritakan kisah cintanya dengan arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, yang meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung, tahun lalu.



Menerusi perkongsian dengan sahabatnya, pengacara Daniel Mananta, Bunga memberi gambaran jujur tentang arwah Ashraf yang beliau kenali selama 12 tahun mendirikan rumah tangga.



Beliau sifatkan Ashraf sebagai insan yang mencintainya seadanya di sebalik kekurangan dan kekuatannya sebagai wanita - suatu perkongsian jujur lagi menyentuh kalbu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >