Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Pelbagai program bagi semarak sunah Rasulullah

Oct 28, 2022 | 05:30 AM



SUNAH ialah sumber hukum Islam yang paling utama setelah Al-Quran. Sunah merupakan sikap, tindakan, ucapan dan cara Rasulullah saw menjalani hidupnya.



Pengertian sunah pula perlu difahami oleh setiap umat Islam agar mereka lebih bersemangat untuk menghidupkan sesuatu yang sangat dianjurkan dalam agama Islam.



Hukum sunah merupakan perkara yang dikerjakan akan mendapatkan pahala dan jika ditinggalkan tidak meninggalkan dosa.



Hal ini dibuktikan melalui sebuah hadis daripada Amr Bin Auf bin Zaid Al Muzani ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Orang yang menghidupkan satu sunah daripada sunah-sunahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapat (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun." - (Hadis riwayat Ibnu Majah: 209)



MEMPERINGATI KELAHIRAN RASULULLAH



Menurut Ustaz Syahid Salleh, Pegawai Keagamaan Masjid Hasanah (MRO), Masjid Hasanah telah mengadakan banyak program keagamaan untuk menyemarakkan sunah Rasulullah saw bagi meningkatkan keimanan dan menambah nilai pahala sebagai umat Islam.



Antaranya, Masjid Hasanah meraikan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada September lalu iaitu pada awal bulan Rabiulawal 1444H.



Program yang selama ini tidak dapat dijalankan selama dua tahun akibat Covid-19, kini sudah kembali dilaksanakan.



Sebagai sambungan Program Maulidur Rasul 1444H, Masjid Hasanah menyusul aktiviti untuk menghidupkan sunah Rasulullah saw melalui Program Maulid 2.0 iaitu sebuah program kemasyarakatan, khusus untuk penduduk Teban dan Pandan Gardens.



PROGRAM MAULID 2.0 (SINGGAH HASANAH!)



Program Maulid 2.0 yang akan diadakan pada esok, akan dikelolakan sepenuhnya oleh pasukan Pegawai Masjid Hasanah.



Pelbagai acara telah diatur oleh pihak masjid untuk memeriahkan suasana majlis, sekali gus ia bakal menarik jemaah hadir ke Program Maulid 2.0 kali ini.



Antaranya, masjid akan menganjurkan forum khas bertajuk 'Itulah Harapan Kami... Ayah Ibu!' oleh Ustaz Ahmad Faritz Mohamed Hairudin dan Ustaz Hidayat Ismail yang akan mengupas tentang kelebihan menghidupkan sunah Rasulullah saw.



Selain itu, Acara Maulid dan Majlis Tahnik merupakan antara program yang telah disusun bagi memeriahkan acara Maulid 2.0.



Penganjuran Maulid 2.0 kali ini turut menyaksikan acara pertandingan azan yang akan disertai oleh kumpulan pelajar madrasah.



Acara ini juga akan diserikan dengan persembahan nasyid oleh sekumpulan anak muda yang bakal mendendangkan beberapa buah lagu berunsur Islamik.



HARAPAN TERHADAP PROGRAM MAULID 2.0



Lebih meriah lagi, jemaah berpeluang mengunjungi gerai-gerai jualan makanan dan minuman menarik yang akan disediakan di kawasan masjid.



Melalui program Maulid 2.0, Masjid Hasanah ingin menggalakkan jemaah, terutama sekali penduduk Teban dan Pandan Gardens, agar sama-sama hadir menyokong acara yang telah disediakan.



Sambutan Maulidur Rasul ini bukan sekadar tanda masyarakat Islam mengingati peristiwa kelahiran Rasulullah saw, tetapi ia menjadi wadah terbaik untuk menyantuni masyarakat, memahami perjuangan, sirah kehidupan dan sunah Rasulullah saw.



"Sokonglah program Maulid di Masjid Hasanah dan hidupkan kecintaan terhadap Nabi dengan memakmurkan sunah-sunah Baginda saw.



"Dengan kehadiran Muslimin dan Muslimat ke program Maulid 2.0, ia juga dapat menggalakkan kemakmuran di dalam masjid, sekali gus mempromosikan program-program yang akan datang.



"Contohnya, Masjid Hasanah akan mengadakan program Solat Gerhana Bulan pada hari Selasa, 8 November 2022 (selepas solat maghrib) dan sedang mengusahakan pelbagai program lain untuk meningkatkan dana naik taraf Masjid Hasanah," tambah Ustaz Syahid.




"Sokonglah program Maulid di Masjid Hasanah dan hidupkan kecintaan terhadap Nabi dengan memakmurkan sunah-sunah Baginda saw. Dengan kehadiran Muslimin dan Muslimat ke program Maulid 2.0, ia juga dapat menggalakkan kemakmuran di dalam masjid, sekali gus mempromosikan program-program yang akan datang. Contohnya, Masjid Hasanah akan mengadakan program Solat Gerhana Bulan pada hari Selasa, 8 November 2022 (selepas solat maghrib) dan sedang mengusahakan pelbagai program lain untuk meningkatkan dana naik taraf Masjid Hasanah.''
- Ustaz Syahid Salleh.




CARA MENYUMBANG 



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



- Pindahan wang ke akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang bill rujukan dengan "wakaf" atau "infak". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.



- Kirimkan cek anda kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Garden Road, Singapura 608878.



Tuliskan nama, alamat dan Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi-5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi-1 tengah hari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >