Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dari muzik pop Mandarin ke lagu Melayu ala Korea

Penyanyi Malaysia, Meer Nash, dilanda bahang 'Demam K-Pop'
Aug 09, 2021 | 05:30 AM



Demam Korea melanda artis Singapura dan Malaysia yang dipengaruhi fenomena yang membawa perubahan bagi segenap lapisan masyarakat dunia. BERITA HARIAN melaporkan perkembangan artis kedua-dua negara yang begitu teruja dengan penangan genre pop Korea (K-Pop) ini.




DENGAN wajah dan gaya rambutnya yang lebih kelihatan seperti bintang Korea, penyanyi Malaysia, Meer Nash, pernah menerima gelaran 'Oppa Malay' (digunakan wanita sebagai panggilan buat jejaka Korea) ketika menyertai rancangan 'I Can See Your Voice Malaysia'.



Ditambah dengan lagu terbarunya 'Saranghae' (bermaksud 'Saya Cinta Kamu') dengan sentuhan irama pop Korea atau K-Pop, Meer, 26 tahun, berjaya memukau pencinta muzik fenomena dunia ini.



Namun, di sebalik usia mudanya, Meer, yang nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul, sebenarnya berpengalaman menceburi industri muzik Melayu dan Mandarin sebelum beralih kepada irama ala K-Pop.



Ikuti temu bual Zoom bersamanya yang diselaraskan label rakaman Universal Music.



Soalan (S): Bagaimana Meer, seorang anak seni kacukan Melayu-Cina dan berasal dari Pulau Pinang, bermula dalam industri hiburan?



Meer: Ketika saya berusia sekitar 17 tahun atau 18 tahun, saya mula memuat naik dendangan lagu saduran saya di media sosial.



Daripada situ, ada label rakaman berminat dan melamar saya agar jadi sebahagian daripada kumpulan boyband yang dipengaruhi kumpulan Barat, One Direction.



Nama kumpulan tiga jejaka ini Votez. Saya bermula dalam industri muzik Melayu terlebih dahulu sebelum bergerak secara solo dalam industri Cina pula.



Beberapa tahun saya menceburi dalam industri pop Mandarin merupakan satu nikmat dan bonus. Saya dapat rakamkan lagu di China malah memasuki peraduan pidato di sana.



Ini adalah pengalaman paling berharga khususnya ketika bertanding dalam peraduan pidato yang disertai 146 negara. Saya wakil Malaysia dan kagum melihat ada mat salih cakap Cina, ada orang Nigeria fasih berbahasa Mandarin.



Banyak yang perlu saya fahamkan daripada ilmu alam, sejarah dan tatabahasa atau cara sebutan bahasa di China. Sejarah Malaysia pun tak pandai, apa lagi di negara orang dan sebesar China?



Selama tiga bulan di sana, saya belajar tentang budaya kerja masyarakat Cina yang serba laju dan tangkas.



Mereka sangat efektif. Mereka hurai masalah pun cepat. Inilah yang ingin saya bawa pulang dan terapkan dalam budaya kerja saya di Malaysia kini.



Pulang sahaja dari China dan habis kontrak bersama label rakaman sebelum ini, saya kembali dalam industri Melayu.



Pejam celik, sudah tujuh tahun.



S: Apakah kejanggalannya buat Meer pada masa menyertai industri Melayu memandangkan Meer lebih banyak bertutur dalam bahasa Hokkien di rumah dan bahasa Mandarin di sekolah?



Meer: Saya akui saya dibesarkan dalam sekitaran bahasa Hokkien yang menjadi bahasa perantaraan dengan nenek sebelah ibu. Berbual bahasa Melayu dengan bapa pun jarang-jarang.



Disebabkan terdedah dengan muzik Taiwan, China dan Hong Kong, saya barulah kenal penyanyi seperti Datin Alyah, Shila Amzah dan Jaclyn Victor apabila saya menonton Anugerah Juara Lagu (AJL).



Sebelum ini, tak tahu langsung tentang artis Melayu malah saya tak fasih berbahasa Melayu. Kalau berbual kedengaran macam orang Cina cakap Melayu.



S: Ceritakan tentang penghasilan lagu 'Saranghae'.



Meer: Saya memang merujuk lagu-lagu Korea sebelum muncul dengan lagu 'Saranghae' ini.



Bagi saya, seronok sangat tengok video muzik mereka dan reka tari mereka.



Kalau mereka boleh buat muzik dansa yang rancak, mengapa tidak kita di Malaysia?



Di Malaysia, kita ada Ismail Izzani, Dolla dan De Fam yang memajukan muzik dansa yang hebat.



Tak ramai orang di Malaysia yang memperjuangkan irama ala K-Pop.



Saya temui jalan baru ini dan berasakan ia boleh menyuntik kesegaran pada industri muzik Melayu.



Oleh sebab itu, saya hasilkan 'Saranghae' sebagai satu percubaan. Ini hadiah saya buat peminat K-Pop.



Masa nak bikin lagu ini, macam berbual ayam dengan itik saya dibuatnya bagi menentukan susunan alat muzik yang ingin diterapkan.



Alhamdulillah, segala yang dicita-citakan menjadi kenyataan.



S: Mengapa lagu Korea miliki penangan yang istimewa?



Meer: Sebabnya, K-Pop membawa vibe dan deria rasa yang membuatkan kita ingin menari sama. Visual dan tarian diambil kira.



Mereka ada akademi yang menitikberatkan disiplin dan latihan vokal dan melodi.



Semua lagu kumpulan BTS misalnya, 'melekat' di kepala ramai pendengar. Tak pernah ada lagu tak best. Semuanya best.



Sama juga seperti Blackpink. Mereka tidak pernah mengecewakan dengan video muzik yang 'meletup' lagi cantik dipandang mata.



Taeyeon pula artis solo Korea kegemaran saya kerana saya sukakan vokalnya.



S: Ada tak orang yang anggap anda persis bintang Korea?



Meer: Ada yang kata muka saya macam Jimin BTS atau seorang anggota Exo.



Saya hargai pujian ini tetapi rasanya jauh panggang dari api sebab saya belum cukup tinggi!



S: Apakah pesanan ibu Meer?



Meer: Kata mama saya, 'ke mana saya pergi atau sejauh mana saya capai dalam dunia hiburan, jangan lupa asal usul saya'. Jangan lupa daratan. Maklumlah, saya dibesarkan dalam keluarga yang agak susah.



Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kerjaya yang dibina ini, saya boleh bantu keluarga.



S: Namakan tiga lagu pembawa impak dalam hidup anda.



Meer: 'Reckless' oleh Madison Beer. Lagu ini seakan-akan membongkar kisah hidup saya.



'Pesan Terakhir' oleh Lyodra kerana saya memang peminat setia peserta Indonesian Idol ini. Sampai menangis dengar lagu ini.



Akhir sekali, 'Permission to Dance' oleh BTS. Setiap lagu BTS tidak pernah mengecewakan. Dengar sahaja terasa nak menari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >