Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HANIFAA FROZEN FOOD PTE LTD

Dari pinggir jalan kini penyedia pelbagai khidmat industri daging

Apr 22, 2022 | 12:47 AM



BERMULA sebagai pemotong daging tepi jalan, syarikat yang dimulakan Encik Hanifa Abdul Hamid, kini menyediakan pelbagai khidmat dalam industri daging.



Syarikat Hanifaa Frozen Food Pte Ltd, kini merupakan sebuah syarikat yang mengimport, membekal, borong dan runcit bagi produk daging.



Ia kini mempunyai sebuah kilang pemprosesan daging dan dua dapur pusat (untuk perniagaan katering).



Kliennya termasuk syarikat makanan dan minuman (F&B) serta pasar raya setempat.



Encik Hanifa, 86 tahun, yang masih sihat dan mempunyai daya ingatan yang kuat, berkata beliau menceburi bidang penjualan daging sejak 1958.



"Ketika itu saya bekerja dengan seorang majikan dan tiga tahun kemudian, beliau nasihatkan saya agar membuka perniagaan saya sendiri.



"Ini selepas beliau melihat kemahiran dan bakat yang saya miliki selepas bekerja dengannya.



"Tapi ketika itu, berniaga daging bukan di pasar. Sebaliknya di tepi jalan raya.



"Ia satu pemandangan biasa di Singapura ketika itu," ceritanya.



Bapa empat anak dan datuk lima cucu itu berkata beliau kemudian mendapatkan khidmat seorang tukang kayu untuk menyediakan sebuah meja panjang untuk beliau mula berniaga daging.



Daripada berniaga sendiri di Upper Serangoon Road, beliau kemudian ke Serangoon Garden sebelum berniaga di Changi Road dan kemudian ke Lorong 101 Changi.



Beliau kemudian berpindah ke Pasar Geylang Serai untuk berniaga.



Beliau kini mendapat sokongan penuh anak ketiganya, Encik Mohamed Haneefa Iqbal, sekembalinya daripada pengajian di Amerika Syarikat pada 1990-an.



Pada masa itu, mereka berjaya luaskan perniagaan membekalkan daging kepada syarikat setempat.



Selain lembu, kambing, dan ayam, syarikat itu turut membekalkan makanan laut yang dibekukan.



"Alhamdulillah, atas bimbingan bapa saya, kami berjaya menjadikan Hanifaa Frozen Food Pte Ltd sebuah syarikat sejagat dalam bidang penjualan daging.



"Malah, kini kami mengimport daging beku bermutu dan segar secara langsung daripada pembekal antarabangsa, termasuk Australia, Brazil dan New Zealand," jelas Encik Mohamed Haneefa Iqbal yang juga pengarah syarikat itu.



Meskipun perniagaan agak terjejas berikutan sempadan negara yang ditutup sepanjang dua tahun lalu, Encik Mohamed Haneefa Iqbal berkata kini ia mula meningkat semula, apatah lagi selepas negara melonggarkan langkah-langkah keselamatan.



"Bersyukur sungguh dengan keadaan kini berbanding dua tahun lalu. Tapi banyak lagi yang akan dan boleh kami lakukan untuk merancakkan semula perniagaan kami.



"Selagi masyarakat setempat berikan kepercayaan mereka, pastinya kami akan terus bekalkan daging bermutu dan segar," tambah Encik Mohamed Haneefa Iqbal.




"Ketika itu saya bekerja dengan seorang majikan dan tiga tahun kemudian, beliau nasihatkan saya agar membuka perniagaan saya sendiri.



Ini selepas beliau melihat kemahiran dan bakat yang saya miliki selepas bekerja dengannya.



Tapi ketika itu, berniaga daging bukan di pasar. Sebaliknya di tepi jalan raya.''
- Encik Hanifa Abdul Hamid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >