Sepanjang hidupnya sejak disahkan menghidap penyakit ginjal seawal usia empat tahun, Cik Nur Hailikha Mohd Haer, kini 35 tahun, telah melalui kehidupan yang mencabar.
Sebahagian besar hidupnya menuntut beliau berulang-alik untuk menjalani rawatan di hospital dan kemudian di pusat dialisis.