Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Di bawah runtuhan konkrit, jiwa Palestin dirundung hiba

May 22, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: 27 hari sebelum roket pertama dilancarkan dari Gaza, wilayah Palestin, pada 10 Mei lalu, sekumpulan anggota polis Israel telah memasuki Masjidil Aqsa di Baitulmakdis.



Para anggota polis ini dengan angkuhnya tidak mengendahkan beberapa kakitangan masjid yang berada di situ dan terus berjalan merentasi halamannya yang berlantaikan batu kapur.



Mereka kemudiannya memotong kabel pembesar suara masjid yang melaungkan azan dari empat menara masjid bersejarah itu.



Ia berlaku pada malam 13 April, hari pertama bulan suci Ramadan di mana umat Islam sejagat mula berpuasa - sebagai memenuhi rukun Islam ketiga.



Secara kebetulan, ia juga adalah Hari Peringatan di Israel, memperingati mereka yang terkorban dalam mempertahan negara.



Presiden Israel, Encik Reuven Rivlin, ketika itu sedang berucap di Tembok Ratapan (Western Wall/ Wailing Wall), satu tapak suci kaum Yahudi yang terletak betul-betul di bawah masjid, dan pegawai Israel bimbang laungan azan akan menenggelamkan ucapan presiden mereka.



Kejadian ini menurut laporan akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The New York Times pada 15 Mei lalu, disahkan oleh enam pegawai masjid, tiga daripada mereka menjadi saksi kejadian tersebut; polis Israel enggan mengulas.



Tindakan polis Israel menyerbu masuk Masjidil Aqsa, salah satu tapak paling suci umat Islam sedunia, merupakan antara beberapa tindakan biadap Yahudi yang membawa kepada konflik berdarah kali ini - kurang sebulan dari masa pencerobohan di masjid bersejarah itu.



Memburukkan lagi keadaan, langkah Mahkamah Tengah dan Mahkamah Magistret Israel membenarkan keputusan mengusir penduduk warga Palestin dari kediaman mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di timur Baitulmakdis, bak menyimbah minyak dalam api.



Menyedari bahaya lebih besar menanti setelah bantahan rakyat Palestin kian semarak sehingga menarik perhatian dan kecaman dunia, mahkamah agung Israel menangguhkan tarikh keputusan petisyen yang dikemukakan rakyat Palestin, yang seharusnya diputuskan pada 10 Mei lalu.



Amat malang sekali, rejim Israel sejak 1948 terus-terusan mengusir rakyat Palestin dari kediaman mereka. Tidak cukup dengan itu, tanah mereka juga dirampas sewenang-wenangnya.



Menteri Luar Palestin, Encik Riyad al-Maliki, pada 16 Mei lalu menuduh Israel melakukan jenayah perang, menerusi peperangan kali ini.



Beliau menggesa Majlis Keselamatan PBB mengenakan tekanan ke atas Israel.



"Sesetengah pihak tidak suka perkataan ini - jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan - tetapi mereka tahu perbuatan ini berlaku," katanya dalam sesi maya.



Encik Riyad mengulangi bahawa negara Yahudi itu mengamalkan dasar 'aparteid' terhadap penduduk Palestin.



Sementara itu, Perancis bersama Mesir dan Jordan mengemukakan resolusi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Mei lalu mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan susulan konflik antara Israel-Gaza ketika ini.



Presiden Emmanuel Macron dan Presiden Abdel Fattah al-Sisi yang berada di Paris kerana menghadiri sidang kemuncak Afrika menyokong resolusi itu menerusi persidangan video bersama Raja Abdullah II.



"Tiga negara sepakat dalam tiga perkara: Tembakan mesti dihentikan, sampai waktu untuk gencatan senjata dan Majlis Keselamatan PBB perlu menangani isu ini," kata Istana Elysee dalam kenyataan.



Perancis yang mendesak gencatan senjata dilaksanakan di wilayah bergolak itu sejak beberapa hari lalu turut menyokong usaha rundingan yang diketuai Mesir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >