HAMPIR 1,000 kes serangan seksual yang berlaku di sini antara 2017 hingga 2020 melibatkan penyerang yang merupakan ahli keluarga, menurut polis dalam kenyataannya kepada Berita Harian baru-baru ini.
Daripada jumlah yang direkodkan sepanjang tempoh empat tahun ini , sejumlah 753 atau 8.2 peratus kes melibatkan mangsa berusia di bawah 18 tahun, manakala 196 yang lain, atau kira-kira 2.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, merupakan mangsa berusia 18 tahun ke atas.