KEGAGALAN mencari pekerjaan baru setelah tamat kontrak kerja telah membakar semangat Cik Nurul Astika Ibrahim untuk mendalami bidang teknologi yang diminati.
Didorong minatnya itu, bekas pegawai sokongan teknologi maklumat itu telah memohon untuk menyertai program SG Skills Ignition, satu program latihan yang diterajui syarikat di bawah inisiatif TechSkills Accelerator (TeSA) oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA).