Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Hasilkan video tarian guna 'TikTok' antara usaha tarik perhatian pelajar kepada subjek bahasa Melayu

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



MEMANFAATKAN ruang media sosial bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah.



Dalam dunia yang pesat berkembang, itulah antara pendekatan kreatif serta interaktif yang diambil Encik Zulhafiz Zainal dalam menyampaikan pelajaran bahasa Melayu kepada murid-muridnya.



Ini juga merupakan cara yang diambilnya untuk menarik perhatian pelajar kepada mata pelajaran tersebut selain memastikan ia relevan dengan konteks dunia masa kini.



"Baru-baru ini, saya telah menjinakkan diri dengan TikTok, dengan meminta pelajar saya menghasilkan video-video ringkas yang berkenaan dengan pembelajaran bahasa Melayu.



"Kami pernah menghasilkan video TikTok tarian dengan lagu Melayu 'Terdiam Sepi' oleh Nazia Marwiana dan 'Kopi Dangdut' oleh Fahmi Sahab yang popular ketika itu, dengan tujuan mendalami kosa kata yang digunakan.



"Saya juga telah meminta pelajar saya menghasilkan vlog-vlog ringkas ala pempengaruh media sosial sebagai latihan lisan, dengan membincangkan topik-topik seperti kenangan terindah, lagu kegemaran dan isu-isu kontemporari seperti rasisme," kongsi guru dari Sekolah Menengah Woodlands Ring itu.



Menurut Encik Zulhafiz, beliau akan menentukan bahawa kelas-kelas bahasa Melayu yang dikendalinya berteraskan aspek pelbagai kecerdasan berdasarkan profil pelajarnya yang pelbagai.



Selain pengajaran yang melibatkan media sosial, Encik Zulhafiz juga mengambil pendekatan seperti pengajaran berteraskan lagu Melayu di mana beliau memasukkan aspek lagu di dalam pelajaran agar dapat mendedahkan para pelajar kepada lagu-lagu Melayu.



Dalam pada itu, beliau juga kerap menerapkan permainan - satu pedagogi baru yang diamalkannya dalam pengajaran bahasa Melayu, sewaktu pandemik Covid-19 ini.



"Saya mengambil pendekatan memasukkan elemen-elemen permainan dalam pengajaran saya agar pelajar saya akan terhibur dan terdorong untuk belajar bahasa Melayu.



"Sebagai contoh, saya suka menghasilkan permainan bahasa dengan menggunakan lelaman-lelaman seperti Kahoot, Blooket dan Wordwall.



"Saya juga gemar menghasilkan permainan 'Escape Room' yang bertemakan apa yang digemari pelajar untuk menarik hati mereka," kata beliau, yang berpengalaman mengajar bahasa Melayu selama 10 tahun.



Usaha Encik Zulhafiz itu telah diiktiraf dan beliau adalah antara empat finalis kategori Teladan Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini.



Dengan peralihan zaman dan fokus yang menyerlah terhadap dunia barat, beliau berpendapat semakin sukar meyakinkan pelajar sekarang tentang kepentingan dan kerelevanan bahasa Melayu.



Antara cabaran lain yang dihadapinya adalah menerapkan penggunaan teknologi dalam cara beliau mengajar.



Dengan sistem pembelajaran dari rumah di tengah-tengah pandemik ini, beliau juga terpaksa berusaha mencari wadah-wadah teknologi yang sesuai untuk kekal menarik perhatian pelajar.



Dalam pada masa yang sama, ia memberi beliau peluang untuk menyesuaikan diri dengan pengajaran dalam talian yang jauh berbeza dengan pengajaran secara fizikal dalam kelas.



"Itulah yang menjadi pendorong saya untuk sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran saya dan belajar menggunakan wadah-wadah teknologi untuk terus menyumbang kepada generasi muda kita.



"Kalau tidak, sayalah yang akan ketinggalan dan tidak dapat menyumbang kembali," ujarnya.




Saya juga gemar menghasilkan permainan 'Escape Room' yang bertemakan apa yang digemari pelajar untuk menarik hati mereka...



Itulah yang menjadi pendorong saya untuk sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran saya dan belajar menggunakan wadah-wadah teknologi untuk terus menyumbang kepada generasi muda kita.



Kalau tidak, sayalah yang akan ketinggalan dan tidak dapat menyumbang kembali.
- Encik Zulhafiz Zainal, guru Sekolah Menengah Woodlands Ring.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >