Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Hidup yang bermakna

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



mahu aku berkongsi sesuatu

untuk kau dan semua masyarakatku

hidup ini tidak semudah begitu

jaga kata dan laku

tindakan yang bermutu

kerana Yang Satu



bukan mudah menjalani hidup ini

banyak perkara yang mesti dipenuhi

kepentingan keluarga, sahabat, masyarakat selain diri

alam sekeliling perlu dihormati

segala kebaikan mesti juga dihargai

Tuhan menjadi keutamaan diingati



hidup perlu ketabahan

kesabaran menempatkan keselamatan

berusaha jembatan kejayaan

kasih mengasihi membentuk kelembutan

bermasyarakat kekalkan keharmonian

tekun asas kepada pencapaian

keimanan kuat menjadi sandaran



lihatlah kehidupan seharian

ada yang memerlukan bantuan

hidup dalam kekurangan

dalam dunia penuh saingan

yang berjaya di hadapan

yang lemah jauh di belakang

kais pagi tidak kecukupan

kais petang masih dalam kelaparan

banyak badan maju ke hadapan

mencukupi mereka sekemampuan

marilah kita berganding tangan

inilah bakti yang diredhai Tuhan



AMAN SAMAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >