Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Kegiatan dalam Ramadan kembali meriah

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS pelbagai kelonggaran diumumkan, Masjid Hasanah menjangkakan ketibaan Ramadan kembali meriah dengan kegiatan dakwah, agama dan kemasyarakatan dianjur selepas dua tahun terhad dengan aktiviti.



Pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohamed Ali meluahkan rasa syukur terhadap perkembangan ini yang turut memberi kesan positif kepada masyarakat Islam, khususnya para jemaah di Masjid Hasanah.



KHIDMAT BAS



"Alhamdulillah, penarikan semula sebahagian atau beberapa sekatan kali ini memberi seribu makna kepada jemaah, terutamanya di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan.



"Perkhidmatan bas turut disediakan untuk penduduk Pandan Gardens ke Masjid Hasanah,'' kata kata Encik Amir.



Menurutnya khidmat tersebut dikelolakan oleh Qaryah Pandan dan dipimpin oleh Encik Kadir Osman, ahli Lembaga Pentadbir Masjid Hasanah.



Masjid juga menganjurkan aktiviti syarahan Ramadan sempena Nuzul Al-Quran; Tadarus Al-Quran; Majlis Khatam Al-Quran secara online dan qiyamullail yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Badrussalam Abdullah Dja'far dan Ustaz Muhammad Syahid Salleh..



HUBUNGAN MASYARAKAT



Sebagai menjalin hubungan kemasyarakatan, Masjid Hasanah juga turut menganjurkan program komuniti bersama Kelab Ayer Rajah; Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC); Qaryah Pandan dan Masjid Al-Mukminin (pusat bagi penerima zakat Muis kawasan Teban dan Pandan).



Meneruskan kelaziman di bulan Ramadan, masjid mengadakan pengagihan bubur di masjid pada setiap hari. Kurma dan air mineral juga disediakan.



Masjid akan mengagihkan bubur di dua kawasan penduduk Teban dan Pandan pada setiap Ahad.



Dua lokasi khas tersebut adalah di kawasan penduduk Blok 23 Teban Gardens, berhampiran perhentian bas serta di kawasan penduduk Pandan di Blok 414 yang berhampiran dengan Kelab Masyarakat Ayer Rajah.



Acara pengagihan bubur khas bersama Anggota Parlimen (MP), Kelab Ayer Rajah, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Qaryah Pandan, Penaja Makan Shiok pula akan diadakan pada 24 April 2022



Pembersihan rumah penerima bantuan zakat dan penerima bantuan fidyah bersama Belia Masjid Hasanah, Belia aLIVE dan Belia Masjid Al-Mukminin juga akan dilakukan dalam tempoh terdekat.



Masjid Hasanah turut melancarkan sebuah projek kutipan dana iaitu Projek Naik Taraf Masjid Hasanah bagi menampung kos keperluan dan pembangunan masjid.



Encik Amir menjelaskan projek ini merangkumi penjualan Kurma Amal, Projek Kuih Raya Amal serta urusan infak dan wakaf; wakaf emas dan wang tunai, yang mana disediakan perkhidmatan pengambilan dari rumah.



Selain itu, masjid sedang mempergiatkan usaha menyediakan perkhidmatan zakat melalui online dan fizikal di Masjid Hasanah untuk memudahkan jemaah melaksanakan kewajipan masing-masing.



ZAKAT 'ONLINE'



"Bagi khidmat kutipan zakat secara fizikal, langkah-langkah keselamatan tetap diutamakan. Pihak masjid juga akan memberi khidmat membantu warga emas untuk menghulurkan zakat online di kaunter Masjid Hasanah.



"Semoga segala usaha ini dapat menambah hasil kutipan dana bagi projek tersebut, sekaligus memakmurkan Masjid Hasanah.



"Dengan projek peningkatan ini juga, ia diharapkan akan memberi keselesaan berganda kepada para jemaah, lebih-lebih lagi selepas dua tahun mereka tidak dapat hadir ke masjid akibat Covid-19 ini," ujar Encik Amir.




CARA MENYUMBANG



- Paynow ke UEN: S70MQ0042B



Pemindahan wang ke nombor akaun: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang bill reference dengan "wakaf" atau "Infaq". Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.



Melalui cek kepada "LPM Hasanah". Poskan ke alamat: Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.



- Infak barang kemas dan pengambilan derma $500 ke atas dari rumah. Hubungi masjid di talian 6561-7990 untuk sesi temu janji.



- Melalui kaunter pejabat: Isnin-Khamis (9.30 pagi - 5 petang), Jumaat (2 petang - 5 petang) serta Sabtu & Ahad (12 tengah hari - 3 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >