Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali saya ke Kuala Lumpur (KL) untuk apa saja urusan – baik kerana tugas, menziarahi atau sekadar bercuti, pasti saya akan ‘terbang’ sahaja – sejak badan cepat letih apabila perlu memandu jauh… maklum usia bukan muda lagi.
Memang cepat dan tak perlu memikirkan tentang kesesakan menuju ke batasan di kedua-dua hala.