PANDEMIK Covid-19 telah memaksa badan Melayu/Islam (MMO) setempat memikir di luar kebiasaan untuk mengumpul dana dalam talian bagi membiayai program yang dijalankan.
Tempoh wabak yang berlarutan selama lebih setahun ini telah membuktikan bahawa dana masih boleh dikumpul walaupun dalam keadaan mencabar dengan pelbagai sekatan dan larangan bagi membendung penularan virus.