BURJ Khalifa?
Menara Khalifa memang menakjubkan. Pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di bandar Dubai, Amiriah Arab Bersatu. Kemegahannya dapat dikesan sejauh mata memandang. Struktur tertinggi yang dibina oleh manusia ini yang tingginya lebih daripada 800 meter mempunyai 163 tingkat. Luar daripada biasa. Aras teratas sekali adalah sebuah apartmen yang dimiliki seorang yang ternama. Untuk mencapainya perlu menaiki lif selama 10 minit, baru sampai ke puncaknya. Kata beliau: "Aku membeli apartmen teratas sekali supaya lebih dekat dengan Tuhan." Aku tersenyum mendengar penjelasan syeikh tersebut.