Bagi ramai keluarga, pandemik COVID-19 setahun yang lalu telah memberi peluang untuk memperkasakan keluarga. Namun, ada juga yang terjejas dek kerumitan yang dihadapi dari sudut pekerjaan, kewangan dan juga hubungan antara satu sama lain apabila terpaksa berada di bawah satu bumbung untuk jangka masa yang lama akibat tempoh pemutus litar.
PPIS dalam usaha untuk memperkasakan keluarga dan meningkatkan tahap resilien atau berdaya tahan telah menghasilkan satu rangka 'psycho-social resilience' yang diharap dapat mewujudkan keluarga dan masyarakat Sakinah Mawaddah dan Rahmah.