SETELAH didapati bersalah kerana melakukan berbagai-bagai dosa, Zaman harus dihukum.
Dosa dan kesalahannya yang besar mesti harus diberikan hukuman yang setimpal. Oleh kerana tiada hukum hudud diselenggarakan, Zaman terpaksa menghukum dirinya sendiri. Zaman memang sudah lama tersasar. Dia telah berjanji dengan dirinya untuk membuka buku baru yang bebas daripada kehitaman.