Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Niaga F&B masih berkembang di sebalik krisis

Nov 16, 2020 | 05:30 AM



DUNIA perniagaan memang terkesan dek penularan Covid-19 yang menjejas ekonomi secara keseluruhan.



Salah satu sektor yang agak teruk terjejas adalah sektor makanan dan minuman (F&B), terutama sekali dengan lebih ramai yang bekerja dari rumah (WFH) dan jarang keluar makan.



Sentimen negatif ini tentunya membimbangkan ramai peniaga F&B, namun masih ada golongan peniaga Melayu/Islam yang berani menebarkan sayap dan mengembangkan perniagaan mereka.



Peniaga yang dihubungi (BH) akui peniaga harus menerima kenyataan dan berusaha untuk bangkit serta tidak menjadikan situasi pandemik ini suatu halangan bagi perniagaan mereka.



Salah seorang daripada mereka ialah Encik Muhammad Hasif Othman, 29 tahun, yang membuka gerainya The Staple Bowl, di Goldhill Plaza akhir bulan lalu.



Sebelum Covid-19 melanda, Encik Hasif telah mengendalikan perusahaan snek dan minuman Katoshka, yang lebih tertumpu kepada gerai yang dikendalikan di acara besar-besaran.



Memandangkan acara seperti itu belum lagi dapat dianjurkan buat masa kini, beliau memutuskan untuk mengubah tumpuan kepada The Staple Bowl, yang menjual hidangan sihat yang seimbang dan sesuai dengan 'tekak' masyarakat.



"Memang ramai yang bimbang bila saya beritahu nak mulakan perniagaan ini, kerana katanya berisiko tinggi.



"Ibu saya sendiri suruh saya pertimbangkan semula keputusan ini.



"Tapi saya percaya jika saya dapat mulakan dan pertahankan perniagaan semasa tempoh mencabar ini, bila keadaan kembali seperti biasa perniagaan saya akan berada dalam keadaan yang lebih kukuh.



"Tambahan lagi, ada pepatah yang menyatakan tiada masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu melainkan sekarang," ujarnya.



Meskipun demikian, masih ada cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan perniagaan itu dapat bertahan dalam tempoh ini.



Antaranya adalah masalah tenaga kerja yang kini lebih sukar untuk diperolehi.



Menurut pemilik Makan Empire, Encik Andin Saifullah, 45 tahun, sempadan yang masih tertutup merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah ini.



Makan Empire menampilkan beberapa vendor makanan popular termasuk Aroma Kampung dan Farah Diana Steamboat dan beroperasi 24 jam.



Dibuka sekitar bulan lalu, tempat makan itu kini menghadapi kesukaran mendapatkan pekerja untuk menjaga gerai minuman, membuat kerja pembersihan dan membasuh pinggan.



"Kuota kami untuk mendapatkan pekerja asing memang rendah. Terutama sekali sekarang sempadan masih tutup, susah.



"Kami perlu dapatkan kakitangan tempatan tetapi sekarang 'local' pun tak berapa minat kerja seperti ini," kata Encik Andin.



Tambahnya, ada kalanya kerja-kerja itu dilakukan beliau dan pemilik bersama yang lain.



Buat masa kini, Makan Empire yang dibuka di kawasan Kaki Bukit, mempunyai enam pekerja sepenuh masa dan menggunakan tenaga kerja sambilan dalam tempoh sibuk.



Masalah tersebut juga dihadapi pemilik bersama Hajjah Mariam Cafe, Cik Adhana Kamis.



Menurutnya, agak sukar untuk mendapatkan pekerja warga Singapura disebabkan kriteria pekerjaan yang mereka inginkan, terutama sekali masa bekerja yang lama.



Katanya, jumlah pekerja asing juga berkurangan kerana kini tidak ramai yang boleh memasuki Singapura.



"Kebanyakan pekerja Malaysia memilih untuk tak masuk sini dulu kerana bayaran mahal.



"Tapi kami ada kakitangan warga Malaysia di sini yang dah berhenti tempat lain dan bertanya kepada kami jika kami mengambil pekerja," ujarnya.



Cawangan terbaru tempat makan tersebut yang dibuka di North Bridge Road kini mempunyai sekitar 10 kakitangan.



Ia menyediakan persekitaran ala-ala kampung dengan amben dan tikar mengkuang untuk orang ramai duduk makan bersila selain kerusi meja.




"... Saya percaya jika saya dapat mulakan dan pertahankan perniagaan semasa tempoh mencabar ini, bila keadaan kembali seperti biasa perniagaan saya akan berada dalam keadaan yang lebih kukuh.

Tambahan lagi, ada pepatah yang menyatakan tiada masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu melainkan sekarang.''

- Encik Muhammad Hasif Othman (gambar), yang membuka gerainya The Staple Bowl, di Goldhill Plaza akhir bulan lalu.



"Kuota kami untuk mendapatkan pekerja asing memang rendah. Terutama sekali sekarang sempadan masih tutup, susah.

Kami perlu dapatkan kakitangan tempatan tetapi sekarang 'local' pun tak berapa minat kerja seperti ini.''

- Pemilik Makan Empire, Encik Andin Saifullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >