Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUR INSAN

Tahun keenam projek '3 dalam 1'

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



TAHUN ini adalah tahun keenam Nur Insan mewakili masyarakat Islam Singapura untuk melaksanakan projek ibadah korban '3 dalam 1'.



Selain perkhidmatan korban di pelbagai negara, Nur Insan juga menawarkan perkhidmatan akikah dan juga nazar.



'Projek Ibadah Korban 3 dalam 1' ini adalah sebuah projek tahunan di mana ia akan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan pelarian dari 15 negara bakal dapat menyambut Hari Raya Haji ini dengan lebih bermakna.



Cabang kedua dalam pengagihan dana 'Korban 3 dalam 1' adalah kepada usaha Pendidikan Islam Percuma Nur Insan.



Sebahagian daripada jumlah yang telah diberikan akan disalurkan ke dalam Projek Wakaf Ilmu Nur Insan.



Ia bertujuan untuk membantu memperkukuhkan usaha dakwah Nur Insan.



Presiden Nur Insan, Encik Muhammad Faaris Ameerjan, berkata:



"Hari ini, masih ramai anak Melayu Islam kita di Singapura yang tidak memperolehi pendidikan Islam percuma. Jumlah ini masih lagi di lingkungan 60 peratus dari anak Melayu Islam di antara umur tujuh hingga 16 tahun.



"Jumlah ini masih merisaukan akan masa depan anak-anak kita. Dengan jumlah yang anda salurkan, kami akan mengagihkan ke dalam dana untuk cawangan madrasah ketiga Nur Insan di kawasan Bukit Batok."



Cawangan Yishun dan Joo Chiat Nur Insan berjalan dengan lancar, dengan kelas-kelas fardu ain dewasa, kelas mengaji Iqra dan Quran dan juga servis utamanya, Madrasah Mingguan Percuma.



Projek ini juga akan memberikan pek-pek makanan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di serata Singapura.



Di tengah pandemik Covid-19 ini, pelaksanaan ibadah korban di serata dunia berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Setiap negara telah membentangkan sejumlah peraturan dan protokol keselamatan yang harus dipatuhi untuk mencegah penularan virus, termasuk protokol korban.



Setiap dari wakil Nur Insan di luar negara perlu melalui 5 fasa:



1) Pemilihan haiwan yang sempurna dan cukup syarat;



2) Pembelian haiwan awal untuk memastikan harga yang berpatutan dan ditawarkan kepada anda;



3) Penyembelihan yang memastikan sifat perikemanusiaan terlaksana;



4) Pemotongan dan membungkuskan daging-daging;



5) Pengagihan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.



Tahun ini, Nur Insan menawarkan ibadah korban ke beberapa negara dan daerah seperti Lombok, Medan, Kemboja, Makkah, Yaman, Palestine, Syria, Jordan, Mozambique, Malawi,Afghanistan,Pakistan Bangladesh, India dan Australia.



Harga yang paling dimampui adalah $80 bagi sebahagian lembu atau $160 bagi seekor kambing di Malawi.



Bagi mereka yang ingin merasakan daging korban atau ingin memberikan sendiri daging korban tersebut kepada saudara-mara, jiran tetangga dan lain-lain lagi, boleh memilih Pakej Set E di Australia.



Daging korban akan diterbangkan ke Singapura dan dihantar terus ke rumah..



Buat julung kalinya, pada tahun ini, Nur Insan menawarkan korban haiwan unta di Makkah dan juga Tareem, Yemen.




MAKLUMAT LANJUT



Hubungi 69207505 atau ke laman www.nurinsan.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >