MULAI pertengahan tahun depan, orang ramai yang menggunakan khidmat PayNow di Singapura boleh langsung memindahkan wang kepada seseorang yang menggunakan PromptPay di Thailand dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit mereka bila-bila masa.
Mereka yang menggunakan PromptPay - khidmat serupa PayNow - di Thailand juga boleh memindahkan wang secara langsung kepada pengguna PayNow di sini dengan menggunakan nombor telefon bimbit masing-masing.