Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PILIHAN SERANTAU

Kerja seni tentang dimensi cinta suci atau toksik

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



KADANGKALA mendengar irama muzik permulaan lagu sahaja sudah cukup menghiburkan dan membuatkan anda ingin terus mendengar lagu itu.



Wartawan Haryani Ismail mengetengahkan tiga lagu baru dari Singapura, Malaysia dan Indonesia, yang kaya dengan landskap bunyi yang menawan serta lirik yang berisi.



JANGAN



- Dendangan penyanyi Singapura, Syakirah Noble



- Ciptaan dan tulisan lirik bersama Syakirah Noble dan Ashidy Ridwan



Pesanan tegas dalam lagu ini adalah daripada si dara buat si teruna agar tidak mengganggu jiwa kalau benar-benar tidak serius dalam menyulam hubungan cinta.



Ia lagu yang memberi jaminan bahawa wanita boleh berdikari dan tidak perlu dibelenggu dengan hubungan toksik bersama lelaki yang memperdayakan hatinya.



Irama rancak lagu ini, disertai dengan vokal Syakirah yang mempunyai unsur-unsur dramatik, membuatkan anda ingin terus mendengar.



Lagu ini kini di tangga teratas Carta Singa Maksima di Ria 897.



AMARAN



- Dendangan dua artis Malaysia, Siti Nordiana dan Bunga



- Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat



- Lirik tulisan Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga



Seperti Jangan nyanyian Syakirah, Amaran juga lagu amaran buat si jejaka agar jangan mudah memporak-perandakan hati dan kepercayaan wanita.



Gabungan padu Juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana, bersama 'rapper' Bunga ini menghasilkan lagu 'hip' berupa tamparan wanita buat sang jejaka yang dicurigai.



Lihat liriknya yang seronok dilantunkan.



Si kancil terpedaya di baham buaya...



Dendangnya Shalala...



Terkena Shalala...



Siapa terpesona di qalam manis nya...



Katanya Shalala...



Matanya Shalala...



Amaran, untuk kamu...



Jika datang...



Hanya untuk kau sakitkan aku...



Amaran, untuk aku jika jatuh...



Waspada ku...



Secara umum, Amaran adalah lagu tular yang dapat menarik minat orang, baik pengikut bintang mapan Siti Nordiana atau anak muda seperti Bunga.



Syabas buat Bunga kerana berjaya menjalin kerjasama dengan Siti Nordiana susuli kolaborasinya dengan Ratu Irama Ethnik, Noraniza Idris.



TEMAN HIDUP



- Dendangan bintang Indonesia, Judika



- Lagu ciptaan dan tulisan lirik Judika



Sayu mendengar lagu ini, apa lagi apabila lantunan suara Judika yang serak-serak basah dan penuh penghayatan menyentuh jiwa.



Apa yang menarik, lagu ini tercipta atas permintaan YouTuber Indonesia, Ria Ricis, yang ingin bernikah setahun yang lalu.



Menurut Judika, lagu ini mengisahkan tentang betapa bersungguh-sungguhnya seseorang yang sedang bercinta itu ingin memiliki jejaka atau wanita idamannya.



Pastinya ia lagu sesuai untuk berkumandang pada hari perkahwinan yang disulami suka duka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >