PULANGAN setahun bagi pemegang saham firma milik pemerintah Temasek Holdings jatuh mencecah negatif dalam tahun kewangan terkininya, dengan nilai portfolio bersihnya merosot berbanding rekod tertingginya tahun lalu juga.
Portfolio bersih Temasek bernilai $306 bilion sehingga 31 Mac tahun ini. Ia adalah 2.2 peratus lebih rendah berbanding tahun lalu yang mencatat rekod $313 bilion.