SENI dikir barat berupaya terus mekar di Singapura dengan adanya sokongan badan-badan seperti Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).
Mesra banyak menyokong kegiatan kumpulan budaya Melayu menerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di setiap kawasan undi, kata Pengerusi Mesra Cik Amatul Jameel Suhani Sujari.