MENTERI Kewangan, Encik Tharman Shammugaratnam, telah membentangkan belanjawan sosial yang memberi tumpuan pada insentif bagi meredakan kebimbangan warga Singapura tentang kenaikan kos jagaan kesihatan, di samping membantu warga perintis dan golongan bergaji rendah menangani kos sara hidup tinggi (BH, 22 Februari).
Ramai rakyat setempat, terutama yang berpendapatan rendah, berasa seolah-olah mereka mendapat durian runtuh daripada belanjawan itu.