PUNCA utama yang menyebabkan keganasan antara Israel dengan Hamas ialah penculikan tiga remaja Israel di Tebing Barat pada 12 Jun lalu.
Pemerintah Israel yang mendakwa Hamas bertanggungjawab telah menangkap lebih 200 anggota kumpulan itu di Tebing Barat dan menutup semua pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan Hamas.