Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Badan Melayu perlu beri belia profesional peluang terajui kepimpinan

Mar 27, 2016 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, kita sering mendengar berita tentang belia profesional Melayu yang telah mengharumkan nama masyarakat, bukan sahaja di peringkat nasional bahkan global.



Sebagai contoh, Tengku Ahmad Syamil Tengku Ibrahim, 24 tahun, telah disenaraikan sebagai antara 30 usahawan perniagaan sosial terbaik di bawah 30 tahun oleh Majalah Forbes.



Majalah tersebut telah menyenaraikan 300 individu di bawah umur 30 tahun di Asia atas sumbangan mereka terhadap industri perniagaan, teknologi, media and budaya.



Seorang lagi adalah usahawan muda Muhammad Syakir Hashim, 22 tahun.



Beliau kini pemilik bersama Skolafund Pte Ltd, sebuah laman web yang menjadi wadah menarik dana untuk pelajar kurang berkemampuan di Malaysia.



Selain bidang bisnes dan teknologi, ramai belia Melayu kita yang telah bersama-sama menyingsing lengan dengan melibatkan diri dalam badan-badan Melayu dan nasional.



Kita harus terus meraikan kejayaan belia profesional Melayu kita dan bagaimana masyarakat boleh menyuntik semangat juang mereka agar mereka terus berbakti, sedangkan mereka juga perlu memikirkan soal kerjaya masing-masing?



Ini termasuk memberi mereka ruang dan suara dalam badan bantu diri kita, malah peluang memimpin pertubuhan tersebut.



Dalam soal pembaharuan, badan-badan Melayu kita perlu belajar daripada pemerintah.



Perubahan kepimpinan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dapat dilihat semasa pembentukan Kabinet di mana Encik Lee melantik menteri muda bagi portfolio penting.



Pada masa yang sama, beliau tidak meminggirkan muka lama, dan memberi mereka peranan menyelaras beberapa kementerian.



Di antara peranan tiga menteri penyelaras - Encik Teo Chee Hean, Encik Tharman Shanmugaratnam, dan Encik Khaw Boon Wan - adalah membimbing menteri-menteri muda.



Isu pembaharuan yang dilakukan oleh parti pemerintah juga dapat dirasakan oleh beberapa parti pembangkang yang turut membariskan beberapa muka baru sebagai calon pilihan raya.



Malah Encik Pritam Singh, 39 tahun, daripada Parti Pekerja (WP), kini menerajui Majlis Bandaran Aljunied-Hougang setelah Cik Sylvia Lim, 50 tahun, melepaskan jawatan tersebut.



PEMBAHARUAN KEPIMPINAN BADAN MELAYU



Banyak jasa badan Melayu yang gigih berganding bahu dengan pemerintah dalam menangani cabaran yang dihadapi masyarakat.



Kerjasama ini ibarat melestarikan sifat gotong-royong yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Tentu sekali kejayaan badanbadan Melayu ini tidak mungkin tercapai tanpa kepimpinan yang kukuh sebelum ini.



Dalam masa yang sama, masyarakat Melayu juga menyaksikan kelas belia profesional yang semakin berkembang dan ramai juga yang menampilkan diri untuk membantu.



Tetapi, jika badan-badan Melayu tidak memberi golongan muda ini peluang memimpin, mereka mungkin merasakan bahawa sumbangan mereka selama ini tidak diiktiraf.



Justeru penting bagi badanbadan Melayu kita memberi belia profesional peluang menerajui kepimpinan.



Ini juga memastikan mereka terdedah kepada cabaran yang bakal dihadapi, dan sekali gus mempersiap barisan kepimpinan kita untuk masa akan datang.



Malah, penglibatan belia ini boleh dapat merubah persepsi bahawa kepimpinan badan Melayu kurang menyokong idea-idea pembaharuan.



Dalam pada itu, belia juga harus peka tentang sejarah masyarakat Melayu Singapura, dan tidak terbawa-bawa dengan idealisme mereka tanpa berpaksikan pada realiti.



Walau badan-badan Melayu kita masih ada kelemahan, ini tidak bermakna kita harus melenyapkan organisasi itu tanpa memahami fungsi dan sejarahnya.



Belia harus akur bahawa institusi-institusi tersebut wujud hasil perbincangan mendalam pemimpin-pemimpin sebelum ini dan juga generasi perintis kita.



Tidak mungkin mereka mahu mewujudkan satu organisasi tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat Melayu.



Kita juga harus mengambil kira sumbangan pertubuhan-pertubuhan Melayu tersebut sebelum kita katakan ia sudah tidak relevan lagi.



Lantas, demi memastikan peranan belia profesional kita terus berkembang, pertubuhan Melayu harus proaktif dalam memberikan mereka ruang untuk bersuara, tetapi dalam masa yang sama, memastikan mereka faham akan fungsi badan-badan tersebut dan sejarah perjuangannya.



  • Penulis Zamil ISEAS-Institut Yusof Ishak. Beliau adalah pakar dalam politik Singapura, Malaysia dan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >