Banyak daerah di Indonesia bantah sikap tidak bertolak ansur
Premium
Banyak daerah di Indonesia bantah sikap tidak bertolak ansur
Feb 4, 2017 | 5:30 AM
BERSIFAT TEGAR: Habib Rizieq merupakan pemimpin kumpulan Front Pembela Islam (FPI) yang kerap mencetuskan masalah dan terkenal dengan pengawasan moral. Kumpulan ini sering terlibat dalam kejadian sektarian seperti penutupan paksa gereja di Sumatera dan Jawa dan kekerasan terhadap kumpulan minoriti seperti Syiah dan Ahmadiyah. - Foto REUTERS -
PERKEMBANGAN terkini menunjukkan bahawa ideologi dan sikap tidak bertolak ansur kian menerima tentangan dan bantahan daripada kumpulan etnik dan agama di kebanyakan kawasan kepulauan ini.
Kumpulan yang membantah ideologi tersebut termasuk etnik Dayak di Kalimantan, Sunda di Jawa Barat dan kumpulan Muslim sederhana seperti Gerakan Belia Ansor daripada Nahdlatul Ulama (NU).

