Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Berhemah dalam mengambil tindakan guaman

Jan 13, 2014 | 06:38 AM

ANJURAN Ketua Hakim Sundaresh Menon supaya pihak bertelagah menghuraikan pertikaian di luar mahkamah harus didakap. Jika keadaan membolehkan, ia perkara logik yang membantu pihak terlibat berjimat dari segi masa perbicaraan dan kos guaman. Kelebihan lain termasuk mengurangkan tekanan perbicaraan dan mengelakkan kehampaan andainya keputusan hakim tidak memihak atau menepati jangkaan.

Namun, ia bergantung pada kes yang dipertaruhkan dan jangkaan peluang memenanginya. Penyelesaian di luar mahkamah mungkin relevan bagi kes yang bersifat 50-50. Kos perbicaraan tidak murah dan tidak wajar bagi kes remeh dan melibatkan tuntutan kecil. Mentelah, banyak perkara sering terbongkar dalam perbicaraan, termasuk yang mengaibkan, dan boleh menimbulkan kesan sampingan. Maka itu, pertimbangan mendalam perlu diambil sebelum meneruskan tindakan, termasuk keyakinan tentang peluang memenangi kes, atau atas sebab membela kebenaran atau mempertahan maruah.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >