SETIAP kali kita cuba menulis, terasa jari jemari dan minda terasa kaku. Ada sesuatu yang menghalang. Idea terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula.
Akhirnya kita melupakannya dan mula melayari alam maya Facebook sehingga leka di ruang media sosial yang lain. Namun ini mungkin satu alasan psikologi semata.