KUALA LUMPUR: Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah sistem berpusat dibangunkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang, milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain, sebelum ia menjadi rujukan semua institusi kewangan atau penyedia kredit di Malaysia.
Maklumat pinjaman Data CCRIS ini merangkumi maklumat pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, kad kredit, pendidikan, pinjaman yang dibuat bersama rakan atau keluarga.