Di sebalik pertemuan keluarga Korea yang terpisah

Berita Harian, Rabu, 26 Februari 2014

PERIH dalam ria. Itulah dua perasaan bertentangan yang dialami warga Korea Utara dan Korea Selatan yang mengharap dan akhirnya bersua dalam pertemuan keluarga - yang pertama sejak tiga tahun terakhir ini. Puncanya dimaklumi jagat, Semenanjung Korea terbahagi dua sejak Perang Dunia Kedua dan diikuti oleh Perang Korea (1950-1953) sehingga jutaan rakyat Korea terpisah antara komunis di utara dengan pro-Amerika Syarikat di selatan. Tidak diizin surat-menyurat, telefon atau e-mel antara dua pihak.

Pertemuan semula keluarga yang terpisah bergantung pada resa siasah pimpinan dua negara. Pada 1985, barulah tercapai kesepakatan membolehkan sanak-saudara bertemu tetapi hanya di utara. Ia menjadi kenyataan hanya selepas Presiden Korea Selatan, Encik Kim Dae Jung, mengunjungi Pyongyang. Mutakhir ini, hubungan dua negara itu tampak keruh lagi. Pihak utara menuduh selatan cuba mencetuskan perang kerana mengadakan latihan pertahanan dengan Amerika. Kini, sekitar 22,000 rakyat dari dua Korea telah dapat bertemu. Senarai menantinya cukup panjang bagi 71,000 warga Korea Selatan berusia 80-an menemui sanak-saudara dari utara.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.