SINGAPURA mempunyai bilangan kedua tertinggi pesakit kencing manis (diabetes) di kalangan negara maju, menurut Persekutuan Kencing Manis (Diabetes) Antarabangsa (IDF).
Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, kumpulan etnik berbeza masing-masing mempunyai pelbagai penjelasan menarik mengenai kencing manis. Kebanyakan penjelasan tersebut adalah khabar angin, berita dari mulut ke mulut, anekdot dan bukan berdasarkan bukti yang nyata.