SEPERTI kebanyakan ejen penjualan (GSA) pakej haji, syarikat yang dipelopori Ustaz Jalaluddin Hassan turut terjejas teruk dengan langkah kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota haji jemaah Singapura pada 2012.
Bagaimanapun, dalam keadaan tersepit itu, Ustaz Jalaluddin dapat melihat sinar di balik awan mendung yang menyelubungi perniagaannya.