KITA menyambut dengan kesyukuran apabila buat pertama kali qari Singapura berjaya menduduki tempat pertama dalam Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran (MTQ) Belia Asia Tenggara Kali Ke-6 yang dianjurkan Negara Brunei Darussalam pada 7 hingga 9 Disember lalu.
Encik Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak, 20 tahun, mendapat markah 90.6 peratus; tempat kedua, Encik Sidiq Mulyana, peserta Indonesia, menerima 88.2 peratus; manakala qari Brunei, Awangku Adi Nazri, di tempat ketiga dengan 88.1 peratus.