Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

MUTIARA KATA

Hayati maksud Hari Raya Aidiladha

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini, para asatizah setempat memberikan mutiara kata kepada masyarakat Islam
Oct 05, 2014 | 05:30 AM

“Ibadah korban mengingatkan kita kepada peristiwa korban yang berlaku antara dua anak Nabi Adam as, iaitu Habil dan Qabil. Mereka mempersembah korban masing-masing, tetapi hanya korban Habil diterima Allah swt. Ini membuat Qabil menyimpan perasaan hasad yang membara dalam hati sehingga dia membuat keputusan membunuh saudaranya sendiri. Maka berlakulah pembunuhan yang pertama dalam sejarah manusia. Peristiwa ini dirakam dalam Al-Quran sebagai peringatan. Hasad ialah sifat keji yang wajib dihilangkan dalam hati setiap orang yang beriman. Ia petanda individu berkenaan tidak senang dengan rezeki serta kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Hasad boleh membuat seseorang melakukan sesuatu yang akan merugikan dirinya serta mereka yang berada di sekeliling. Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan perasaan hasad, sehingga singkatan ‘PHD’ memang terkenal di kalangan kita. Sempena upacara korban yang dilakukan setiap tahun, marilah kita sama-sama korbankan perasaan hasad dalam kalangan kita. Semoga masyarakat terus jaya dan meningkat kepada tahap yang lebih baik lagi.”

– Konsultan, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >