SAYA seorang warga Singapura berbangsa Cina, dan saya kurang selesa dengan apa yang diperkatakan mengenai Islam ekoran beberapa perbuatan 'sabotaj' yang sungguh malang. Saya menulis untuk melahirkan pandangan saya sebagai seorang bukan Islam.
Peristiwa malang yang berlaku sejak beberapa hari lalu pasti memilukan bagi keluarga mereka yang terlibat. Daripada Sydney ke Pakistan, nyawa telah diletakkan dalam bahaya, orang terbunuh dan tiba-tiba perkara yang paling asas yang didambakan setia insan - keamanan - seolah-olah tidak lagi dapat tercapai.