Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Jokowi-JK serlah khidmat awam, tarik pelaburan

Nov 05, 2015 | 12:14 PM



DALAM usaha meningkatkan keyakinan rakyat Indonesia terhadap kemampuan pasangan Joko Widodo-Jusuf Kalla (Jokowi-JK) dalam menerajui pemerintah dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam, satu pendekatan menerusi penyebaran 'inforial' atau iklan berita telah dilakukan menerusi media arus perdana negara itu, lewat bulan lalu.


Ini setelah timbulnya berita yang menyatakan rakyat dan pemimpin pelbagai parti di republik itu kecewa dengan prestasi Jokowi-JK, setahun selepas mereka dipilih memimpin negara.


Setiausaha Agung, Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Encik Aryo Djojohadikusumo, sebelum ini telah ditukil media sebagai menyatakan Encik Jokowi telah gagal dalam menepati janji-janjinya.


Pasangan Jokowi-JK sewaktu pilihan raya presiden tahun lalu telah mengemukakan sembilan perkara yang kesemuanya berlandaskan janji untuk memperbaiki kehidupan harian rakyat.


Sejajar dengan itu, 'inforial' yang dibentangkan ini menonjolkan keberhasilan pasangan Jokowi-JK meningkatkan mutu layanan perkhidmatan awam di beberapa sektor menerusi dasar 'satu pintu' yang diperkenalkan mereka.


Dasar ini, bukan hanya mengurangkan tempoh masa yang diperlukan bagi proses kelulusan sesuatu permit tetapi juga menjadikan proses itu sendiri lebih lancar dan berkesan.


Dalam 'inforial' yang disiarkan di laman berita The Jakarta Post itu, ia membentangkan bagaimana di sektor pertanian sahaja, proses pemerolehan 20 permit yang dahulunya mengambil masa 751 hari atau lebih dua tahun, tetapi kini memerlukan 12 permit dan tempoh 182 hari atau enam bulan sahaja.


Dalam sektor perusahaan pula, pemerolehan 19 permit dahulunya mengambil masa 672 hari atau satu tahun lapan bulan tetapi kini ia telah dikurangkan kepada 11 permit dalam tempoh 152 hari sahaja.


Sektor pelancongan juga serupa, jika dahulunya pemerolehan 17 permit memerlukan masa 661 hari, kini ia cuma 11 permit dalam 188 hari.


Untuk sektor elektrik, jika sebelum ini ia memerlukan 923 hari atau dua setengah tahun untuk memperolehi 49 permit, kini ia cuma 25 permit dalam tempoh 256 hari.


"Usaha pemerintah untuk mengukuhkan asas ekonomi nasional kini menampakkan hasil. Pengumuman tentang pakej dasar ekonomi telah berupaya memperkukuh keadaan ekonomi Indonesia, perlahan tetapi pasti", menurut 'Inforial' itu.


Dalam sektor tenaga kerja pula, pentadbiran Jokowi-JK telah meningkatkan pengambilan tenaga buruh. Untuk tempoh enam bulan pertama 2014, sejumlah 611,000 telah digajikan di beberapa bidang.


Jumlah ini meningkat lebih 12 peratus tahun ini, kepada 685,000 orang.


Pelaburan juga meningkat 16.56 peratus dari Rp 22.8 trillion ($2.36 trilion) kepada Rp259 trilion tahun ini.


Pelaburan yang diiktiraf di luar tanah Jawa juga meningkat 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.


"Kesemua ini memberi isyarat positif kepada warga dan pelabur, menyatakan bahawa Indonesia adalah mesra kepada semua orang yang ingin melabur di Indonesia," kata Setiausaha Kabinet, Encik Pramono Anung, dipetik dalam 'Inforial' itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >