Keganasan di Timur Tengah disebabkan politik, bukan agama
Premium
Keganasan di Timur Tengah disebabkan politik, bukan agama
Mar 11, 2016 | 5:30 AM
ISIL BERTAPAK DI IRAQ: Antara sebab ISIL, atau IS, menjadi pasukan yang kuat di Iraq pada masa awal penubuhannya adalah kerana ia disertai sebahagian tentera militia bekas pegawai Parti Baath Iraq, yang telah diketepikan pemerintah negara itu yang dikuasai kaum Syiah. - Foto REUTERS -
TANGGAPAN bahawa umat Islam lebih cenderung kepada keganasan selalu dikaitkan dengan dakwaan mendiang Samuel Huntington bahawa masyarakat Islam lebih "berdarah" daripada masyarakat lain kerana mereka mengalami lebih banyak keganasan.
Dalam makalah "Adakah Islam Tersendiri?", M. Steven Fish membantah tuduhan Huntington melalui analisis kuantitatif data antara 1946 dengan 2007 - Fish mendapati tiada bukti menunjukkan negara dengan majoriti umat Islam mengalami tindakan keganasan politik besar-besaran.

