Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Kemelut Ukraine tuntut pimpinan cekap dan jujur

Mar 05, 2014 | 06:29 AM

KRISIS Ukraine tidak lagi bersifat dalaman tetapi bersifat antarabangsa sejak tentera Russia menguasai wilayah strategik pertahanannya, Crimea, di pesisir Laut Hitam. Padahal sebuah pemerintah sementara telah dibentuk berikutan penyingkiran Presiden Viktor Yanukovych yang pro-Russia oleh parlimen negara itu. Dengan 45 juta penduduk dan hampir dua kali luas Malaysia, negara ini memang kaya hasil mahsul kecuali bahan tenaga. Akibatnya, ia dirantai hutang besar terutama pergantungan pada bekalan gas asli daripada Russia, pewaris empayar kuku besi Soviet Union. Namun rakyatnya, terutama yang muda, tidak rela lagi 'dibayangi' Russia. Mereka telah mengundi untuk merapati Barat, khususnya Kesatuan Eropah.

Ukraine merdeka selepas Soviet (1917-1991) berkecai. Namun ia tidak mahu dilepaskan Presiden Russia, Vladimir Putin. Mentelah masih ada gerakan pro-Russia dan minoriti Russia (15% penduduknya) di Ukraine. Rakyat Ukraine sanggup mengadakan protes damai di Medan Merdeka (Maidan Nezalezhnosti) di tengah ibu kota Kiev sejak 22 November lalu. Sekitar 80 jiwa terkorban dek perintah kejam Yanukovych yang sudah didakwa sebagai penjenayah dan perasuah tetapi bersuaka di Russia.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >